|
Pindaan Auku, kemenangan awal perjuangan mahasiswa |
|
Monday, 28 July 2008 |
|
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Pindaan Akta Universiti dan
Kolej Universiti (Auku) 1971 yang diumumkan oleh Menteri Pengajian
Tinggi, Dato' Mohamad Khaled Nordin dianggap suatu kemenangan awal
perjuangan mahasiswa.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata kenyataan Khaled bahawa
dengan pindaan Auku yang membenarkan pemimpin parti politik termasuk
pembangkang masuk ke dalam kampus sememangnya telah lama diperjuangkan
oleh mahasiswa sebelum ini.
|
|
Read more...
|
|
|
Demonstrasi Bantah Muzakarah UMNO-PAS : Keuntungan Atau Keruntuhan? |
|
Sunday, 27 July 2008 |
|
SATU perhimpunan demontrasi berhubung
muzakarah PAS-UMNO dilaporkan akan berlangsung di ibu pejabat PAS,
Jalan Raja Laut pada Jumaat iaitu hari ini 25 Julai 2008.
Difahamkan
tindakan ini diambil sebagai membantah usaha parti islam itu
menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang tidak membawa apa-apa
keuntungan. Selain itu demontrasi ini juga menyokong penuh terhadap
kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
menggesa cadangan muzakarah itu dihentikan kerana ia akan memecahbelah
parti tersebut.
Perhimpunan yang
dikatakan diketuai sekumpulan penyokong kuat PAS itu hanya akan
diputuskan sebaik sahaja menerima perkembangan keputusan mesyuarat
Majlis Syura parti itu yang dipengerusikan Nik Aziz sendiri di Kota
Bharu hari ini. Presiden PAS, TG Datuk Seri Haji Hadi Awang dan
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dijangka turut hadir ke
mesyuarat tersebut.
Menurut MURSYIDUL Am PAS menyamakan tawaran
Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina
bagi tujuan memecahbelahkan Islam. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik
Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk
menyemai benih perpecahan.
"Kisah
Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam
al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat
jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan
kepada orang-orang mukmin. Untuk kekafiran, memecah belah antara
orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah
memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," beliau berkata,
suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang
sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.
Cuma
bagi saya hanya orang dan ahli yang jelas tentang matlamat teras dan
dasar perjuangan maka, mereka akan kembali kepada perkara yang utama
iaitu Islam tanpa bertelingkah hanya di sebabkan berselisih pendapat,
perbezaan antara bersetuju atau tidak muzakarah itu sewajarnya diadakan
dan bagaimanakah reaksi pucuk pimpinan dan ahli akan tampil untuk cuba
mendamaikan kelompok ini atau cuba sekurangnya meraikan percanggahan
pendapat masing-masing, kerana itulah tanda kejelasan fikrah perjuangan
dan berlapang dada dalam memenuhi kehendak berukhwah di atas nama
kebersamaan.-Azlan Zainal
|
|
|
|