Liputan Media
PMN mahu Datuk Seri Khaled gubal AUKU PDF Print E-mail
Sunday, 30 March 2008

KENYATAAN MEDIA

Parti Mahasiswa Negara (PMN) berhubung hasrat

Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi untuk mengubal

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1974)

Rabu | 26 Mac 2008 | Universiti Malaya, Kuala Lumpur

 

GUBAL AUKU?

Kami, aktivis-aktivis Parti Mahasiswa Negara (PMN) ingin melahirkan rasa ragu-ragu dengan hasrat Datuk Seri Khalid Nordin untuk mengkaji dan menggubal semula AUKU 1971 (Pindaan 1974) tersebut.

Walaupun beliau menyatakan tujuan niat penggubalan AUKU tersebut demi memberi kebebasan kepada mahasiswa dan autonomi kampus, namun kami melihat tindak-tanduk tersebut adalah suatu yang political action semata-mata.

Sebelum ini, Datuk Dr. Shafie Salleh dan Datuk Mustapha Muhammad juga telah menyatakan hasrat sedemikian. Namun, kita semua boleh membuat kesimpulan mudah berhubung tujuan sebenar political action kedua-dua bekas menteri KPT tersebut.

Adakah mereka benar-benar mahu memberi kebebasan mahasiswa dan autonomi kampus; atau sebenarnya ada tujuan lain yang mendorong isu penggubalan akta draconion ini diwar-warkan oleh KPT/Kerajaan pada waktu itu?

Read more...
 
Kerajaan Malaysia yang Berintegriti, Berhemah & Bermoral PDF Print E-mail
Sunday, 16 March 2008

KENYATAAN MEDIA

PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN)

MENUNTUT PEMBENTUKAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA YANG BERINTEGRITI, BERHEMAH DAN BERMORAL

15 MAC 2008, KUALA LUMPUR

PASCA PRU 12 ; KABINET MENTERI PERLU DI KAJI SEMULA

Impak Pilihan Raya Umum ke-12 telas jelas memaparkan kehendak rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan dan seluruh negeri-negeri di Malaysia. Inilah demokrasi sebenar yang bermaksud kerajaan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat. Parti Mahasiswa Negara (PMN) melihat ini adalah merupakan satu trend kematangan rakyat dalam menerima dan memikir masa depan mereka. Ia berlaku di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar samada komposisi penduduknya majoriti Melayu atau Cina. Jelas, ia juga membuktikan rakyat kebangkitan rakyat untuk memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dan diancam dengan faktor-faktor di dalam negara.

Read more...
 
PMN mahu bertemu Khairy 2 Mac ini PDF Print E-mail
Monday, 03 March 2008

Ali Bukhari Amir
Thu | Feb 28, 08 | 3:44:38 pm MYT
  

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) berhasrat menemui calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 2 Mac depan bagi tujuan membincangkan beberapa agenda yang berkaitan kepentingan generasi muda negara.

"Kita lihat Khairy agak lantang dalam beberapa isu yang berkaitan kepentingan generasi muda. Contohnya, tentang isu prestasi sukan bola sepak nasional, gejala rempit, gangsterisme dan isu Kelantan belakangan ini," kata Presiden PMN Azlan Zainal melalui satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.  

Read more...
 
Pengisytiharan Parti Mahasiswa Negara (PMN) PDF Print E-mail
Wednesday, 20 February 2008

Kenyataan Media

Pengisytiharan Parti Mahasiswa Negara (PMN) 

Di hadapan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia,

7 Januari 2008

 Introduksi

Menelusuri perjalanan lanskap politik Malaysia pada masakini dan sejak tahun 1957, kami sekarang keluar daripada dunia kami atas dasar mengubah arena politik dan mewujudkan satu gelombong kesedaran baru dalam pentas masyarakat Malaysia hari ini. Semoga apa yang kita lakukan akan  mendapat pertolongan dan dipermudahkan segala urusan.  

Lawak Jenaka Dan Tipu Daya Dalam Pentas Politik 

50 tahun menelusuri kemerdekaan kita telah melihat banyak perubahan dan pembangunan malahan tidak dapat lari keruntuhan masyarakat Malaysia. Malahan keruntuhan masyarakat mendominasi seluruh perjalanan Malaysia. Selama bertahun lanskap politik malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan antara golongan aristokrat yang diwarisi dari generasi mereka yang sebelum. Walaupun terdapat mereka yang berusaha mendaki ke atas akan tetapi jatuh mengikut masa.         

Arena politik Malaysia masih menyaksikan pertembungan 2 kelompok  parti dominan sejak hampir 50 tahun yang lalu yang masih tetap berpencak dan bertelingkah sesama sendiri. BN dan BA (PAS) adalah ibarat pelawak dan badut-badut yang sentiasa sinis dan akan terus bertelingkah sesama mereka walaupun rakyat semakin tercemar dan terus tertindas. Lebih banyak kata-kata kosong  diucapkan berbanding yang lebih relevan dan rasional. Perbincangan dan perbahasan perkara remeh menggambarkan tiadanya keintelektulan di dalam gaya hidup mahupun tingkah laku. Kenyataan dan komen remeh. Ya, ramai di kalangan mereka yang menjadi pemerintah di atas sana.


Faktor Yang Di ambil kira

Menyedari hakikat untuk mewujudkan suatu gerakan yang lebih dinamik daripada rakyat untuk rakyat, bukan sekadar faktor aristokrasi (kebangsawanan) dan bukan untuk kepentingan seseorang dan bukan untuk menjadi gerakan stereotaip dan konvensional.

Demi perubahan, kita telah melihat bukti daripada kedua-dua pihak samada kerajaan yang telah lama memegang tampuk pemerintahan mahupun pihak pembangkang yang seringkali mendakwa mereka telah berhempas pulas walaupun pada hakikatnya kita tidak melihat apa-apa kesan dari mereka.  Stereotaip pergerakan yang diwarisi semenjak zaman-berzaman telah membuatkan sebahagian daripada manifesto dan agenda yang didukung tidak lagi rasional dengan keperluan semasa. Jadi, kami selaku mahasiswa tampil untuk berpadu bersama masyarakat mendepani segala risiko untuk memikul tanggungjawab dan pertimbangan untuk menghadapi cabaran  untuk merubah paradigma dan stereotaip lanskap politik Malaysia kearah gerakan yang lebih dinamik. Kami bukannya pembawa gerakan kebangsawanan malah bukan juga atas dasar kepercayaan keramat. Kami selaku mahasiswa sentiasa bersama masyarakat.

Berdasarkan rekod yang telah terbukti dan juga keadaan yang dilihat saban hari semenjak dahulu lagi telah menodai masyarakat kita samada dari aspek moral mahupun tatasusila sepertimana yang telah dipamerkan oleh ‘para politikus’ sekarang.

  • - Penjawat kerajaan. Masih lagi dihantui dengan unsur kronisme dan juga nepotisma. Walaupun tidak dapat dibuktikan melalui sistem keadilan, namun rakyat tetap merasakan adanya kepincangan di sana sini di dalam pemerintahan sekarang. Pertelingkahan yang berpanjangan sesama mereka sudah di luar kawalan. Persoalan yang tidak sudah-sudah di dalam benak rakyat Malaysia dan juga NGO tentang hak rakyat dan warganegara. Sampaikan pada satu tahap saban hari berlakunya pelbagai versi perarakan raksasa rakyat menggambarkan kesedaran rakyat terhadap isu yang berlaku dan situasi sebenar sekarang di Malaysia.
  • - Pembangkang yang masih belum berjaya menjadi penstabil (check and balance) kepada kerajaan yang sedia ada, malah, mereka dibanjiri dengan kepentingan sendiri dan isu. The round up of their act clicks and their internal problems yet dispute.

Status quo keadaan semasa di Malaysia langsung tidak pernah dicabar semenjak tahun 57 lagi. Rakyat Malaysia terlalu cepat berpuas hati tanpa adanya keinginan untuk satu reformasi kearah sesuatu yang lebih baik. Keinginan itu mungkin ada, namun, kekangan dan juga dinding penghalangnya adalah terlalu tebal dan mereka yang inginkan adanya arus perubahan mahu tidak mahu terpaksa menanggung akibatnya.

Ikrar Kami Kepada Rakyat Malaysia

Kami menyedari ideologi rakyat Malaysia dan kami yakin dengan kesepaduan seluruh rakyat Malaysia. Kami langsung tidak terikat dengan mana-mana parti samada BA ataupun BN. Daripada mahasiswa untuk masyarakat, kami akan terus-menerus berhempas-pulas demi rakyat Malaysia. Kecenderungan untuk memilih BN dan BA pada hemat kami selaku mahasiswa adalah tidak lagi relevan dengan situasi semasa.

Maka tidak akan adanya lagi para pelawak atau ‘badut-badut’ yang akan berada di dalam kerajaan kita dengan segala kepincangan yang mereka sedar dan mereka lakukan hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan nasib serta hak kebajikan rakyat, mereka akan terus lakukan malah terus diamalkan. Bersama Menggasak Perubahan!

Sumpah kami untuk rakyat Malaysia. “Mahasiswa Bersama Rakyat”

Deklarasi oleh:

Parti Mahasiswa Negara

 
National Student's Party PDF Print E-mail
Wednesday, 20 February 2008

Monday, January 07, 2008

Today, a group of university students form a new party, Parti Mahasiswa Negara (PMN) or National Student’s Party, which positions itself as the third force between the ruling coalition and the existing opposition parties. Led by activists from Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), a student group traditionally closely associated with PAS, the new-born party has vowed to participate in the coming elections.

Its coordinator Meor Isfandy said its members were neither BN nor opposition supporters but a group of independent-minded students dissatisfied with the current political atmosphere. Its spokesperson Sheikh Omar compared both BN and PAS to clowns for engaging in hollow quarrels as the people suffered.

He criticized the ruling coalition for corruption and cronyism and also lamented the opposition parties’ failure to provide check and balance. The birth of the new party was announced today in front of Election Commission (EC) office at Putra Jaya.

The new party which claimed to have 2,000 members and was actively recruiting members amongst university students and graduates would submit its application for registration to the Registrar of Society next week. Isfandy, a graduate from IIU, said the party would disregard the University and University College Act (UUCA) which prohibited students from participating in politics, claiming that the act was unconstitutional.

Read reports (in Chinese) from Malaysiakini and Merdekareview.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 15 of 20