| Kenyataan Parti Mahasiswa Negara |
|
|
|
|
Kenyataan Parti Mahasiswa Negara Mahasiswa Mendapat Ilham : Parlimen P041 jadi pilihanSempena Pembubaran Parlimen Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 14 Februari 2008, Kuala Lumpur Pembubaran parlimen Malaysia yang di isytiharkan oleh Perdana Menteri pada 13 Februari lalu memberikan signal bahawa piliharaya umum bakal berlangsung. Segala polemik dan khabar angin akan bila dan bagaimana pilihanraya akan berlangsung semakin dirasai. Kesemua pihak tidak terkecuali dalam hal ini. Sebagai tanggungjawab sosial dan warganegara kepada negara ini menuntut seluruh rakyat Malaysia yang cukup umur untuk keluar menyatakan hasrat mereka melalui kertas undi dan memilih para pemimpin yang selayaknya. Dari Varsiti Ke Lapangan Rakyat Bermula dari sentimen kesedaran di kampus dan terus membawa gelombang semangat dan harapan untuk terus bersama menabur bakti. Dengan ini, mahasiswa keluar menyatakan hasrat demi melihat gagasan Malaysia yang baru dalam mendepani arus perdana dan globalisasi dunia. Justeru, Parti Mahasiswa Negara (PMN) sejak dari awal penubuhan telah bersiap siaga untuk menyertai pilihanraya pada kali ini demi menggalas tanggungjawab sebagai rakyat dan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang peka dalam masa yang sama sebagai golongan akademik/intelek yang prihatin kepada masyarakat di luar sana. Sudah tiba masanya, mahasiswa turun ke lapangan untuk melunaskan amanah menabur budi. Masa untuk berbakti : “Mahasiswa Bersama Rakyat” Mahasiswa telah mendapat ilham! Kami sedia bertanding. Parlimen P041 menjadi pilihan bagi kami menyampaikan wadah kami kepada rakyat dan sebagai medan untuk kami menyatakan pandangan dan memberi sumbangsaran demi kebaikan dan kebajikan. Kami menggesa dan mencabar pertandingan satu lawan satu di Parlimen tesebut. Rentetan daripada semua program, gerak kerja dan persediaan diperingkat parti maka dengan ini sudah tiba masanya bagi kami untuk mengotakan janji. Kami PMN, begitu optimis dengan agenda perubahan atas nama kebenaran. Keadilan tetap kami perjuangkan. Justeru, kami juga menggesa sekalian parti-parti politik yang ada agar memberi laluan kepada kami (PMN) pada pilihanraya pada kali ini demi membuktikan peranan anak muda dan mahasiswa generasi baru Malaysia. Mahasiswa tonggak masa depan negara. “Genarasi Baru Ke Arah Malaysia baru” Azlan Zainal Parti Mahasiswa Negara (PMN) |
| < Prev |
|---|










