| Cita-Cita PMN sudah membimbangkan Najib? |
|
|
|
| Monday, 18 February 2008 | |
Cita-Cita PMN sudah membimbangkan Najib?Posted by zainulfaqar on Tuesday, January 15, 2008
Sayang! Kenyataan ini tidak disiarkan pada waktu perdana (prime time) di seluruh Malaysia.
Ketika ditanya wartawan berhubung penubuhan Parti Mahasiswa Negara di ibu negara, Najib telah menunjukkan reaksi tidak selesa. Kenyataan media Najib ini sebagaimana berikut: “…bagi saya, mahasiswa janganlah buat kacau (mengganggu) dalam Pilihanraya Umum negara…(sepatutnya) mahasiswa lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran dan pencapaian akademik di Universiti…lagipun (mahasiswa) kan (bukankah Mahasiswa) terikat dengan akta universiti (Akta Universiti dan Kolej Universiti – AUKU) (?)…” Beliau juga mengatakan bahawa PMN ini berkemungkinan mempunyai link (hubungan) dengan parti-parti pembangkang (alternatif). Beliau juga menasihatkan mahasiswa amnya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah; seperti berpartisipasi dalam Pilihanraya Umum Malaysia yang dijangka akan berlangsung bila-bila masa.
Analisis Awal Saya Mustahil Najib akan respon satu-satu isu kecuali isu tersebut benar-benar kritikal dan boleh menyentuh kepentingan serta status quo UMNO/BN. Individu-individu tertentu yang pro parti alternatif/pembangkang sebelum ini juga telah menyelar PMN. Kononnya PMN ini ‘vehicle’ UMNO/BN demi memecahkan undi ‘pengundi atas pagar’. Haaa! Bila Najib menyatakan kebimbangan yang sama, apa pula kata mereka?
Kenyataan politik atau kebimbangan Pertama, jika benar PMN bertanding di Kepala Batas, Najib lebih tahu realiti masa depan politiknya dalam UMNO/BN. Kedua, jika berlaku pertandingan di Kepala Batas, mungkin pertandingan tiga penjuru akan berlaku. Jika benar PMN hanya mahu bertanding dengan Pak Lah asalnya. PAS/BA seharusnya lebih bijak berpolitik, bukan beremosi. Ketiga, kenyataan tersebut memang suatu arahan Pak Lah sendiri. Sebelum ini, ketika Pak Lah dihentam hebat oleh Tun Dr. M. dan DSAI; Najib sendiri memperlihatkan pendirian tidak munasabah terhadap kebolehupayaan Pak Lah. Ini kerana Najib boleh menjadi apa sahaja, termasuk menjadi ‘microphone’ Pak Lah demi membela kredibiliti Pak Lah yang kian tercalar. Pertimbangan ini juga sesuatu yang rasional. Atau memang Najib sendiri bimbang jika PMN berkeputusan bertanding selain di Kepala Batas, juga di Pekan? Lebih parah jika PMN bertanding di Pekan sahaja. Sehingga kini, PMN masih belum mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berhubung pendirian PMN dalam beberapa isu kritikal. Mungkinkah tindak-tanduk ini suatu political action juga? Idea perubahan memang selalunya mengambil jalan yang luar biasa dan unik. Kadang-kadang Si Bapak lebih bimbang jika Si Anak kandungnya sendiri mula berfikir untuk mengambil alih fungsi ‘ketua keluarga’. Jawapan hakiki, ada pada Si Anak sebenarnya! –END |
| < Prev | Next > |
|---|






