Mahasiswa Tetap Akan Bertanding PDF Print E-mail
Monday, 18 February 2008

 

Kenyataan Media
“Mahasiswa Bertegas Tetap Bertanding ”
18 Februari 2007
Terima Kasih Tok Pa membenarkan Mahasiswa Bertanding

Merujuk kembali kepada kenyataan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tok Pa kepada media semalam menunjukkan petanda baik kepada mahasiswa bahawa AUKU bukan lagi menjadi penghalang utama kepada mahasiswa untuk terlibat sama untuk mencorakkan masa depan negara. Kami amat menghormati undang-undang, kerana pada kami kemunculan kami dalam pilihanraya kali ini adalah salah satu usaha yang mengikut lunas dan prosedur.  Pada kami AUKU perlu dikaji semula bagi membolehkan pemansuhan kepada beberapa fasal yang mengekang keterlibatan pelajar. Mana mungkin dapat melahirkan generasi warganegara yang baik jika mereka tidak di dedahkan secara menyeluruh dengan pendidikan politik yang akhirnya boleh menimbulkan kesedaran dan bijak memilih pemimpin mereka sendiri.   Adalah tidak wajar mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang prihatin dan peka ini  terlibat secara langsung dalam kancah politik negara kerana bagi PMN pada hemat kami ia adalah salah satu proses pembelajaran yang unik dan mematangkan mahasiswa serta ia adalah usaha untuk membolehkan mahasiswa menunaikan amanah sebagai warganegara yang baik di samping menjadi entiti ketiga mewakili suara generasi muda Malaysia.  3 Kawasan Sasaran : Membawa Hasrat Rakyat Malaysia   Parlimen Kepala Batas, Parlimen Jeli dan Parlimen Semberung menandakan sikap optimis Parti Mahasiswa Negara (PMN) untuk terlibat secara langsung sebagai representasi Malaysia. Dengan slogan “Mahasiswa Bersama Rakyat,” generasi baru menuju ke arah Malaysia baru kami menyatakan hasrat ini adalah bertujuan untuk memastikan dan mengangkat suara mahasiswa ke Parlimen Malaysia dalam membela hak rakyat dan membawa hasrat generasi muda dapat di suarakan secara lansung kepada mantan pemimpin utama negara ini dan para pemimpin yang mempunyai hubungan terus dengan mahasiswa dan pelajar. Kami jua turut mencadangkan agar sewajarnya Menteri KPT dan Menteri Pelajaran sekurang-kurangnya mempunyai status bertaraf Professor, Professor Madya atau mempunyai phD.  

Ke Arah Perubahan Malaysia

Setelah timbulnya polemik bahawa Parti Mahasiswa Negara akan menghantar calon di P041 Parlimen Kepala Batas, sekali lagi kami menegaskan bahawasanya Parti Mahasiswa Negara tetap kekal dengan pendirian mereka untuk bertanding satu lawan satu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden OIC. Di mana ada Pak Lah, di situ ada Mahasiswa!” Pada kali ini mahasiswa akan bersaing secara sihat bagi membuka mata rakyat dan membawa rakyat bersama mengorak perubahan. Soal menang atau kalah, biar  rakyat yang menilai di manakah letaknya kebenaran.

"Mahasiswa Tonggak Masa Depan Negara"           Azlan Zainal

Parti Mahasiswa Negara (PMN)

 
< Prev   Next >