PMN selar kenyataan Menteri KPT PDF Print E-mail
Wednesday, 20 February 2008

KENYATAAN MEDIA

 

MENYELAR SIKAP BODOH MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA BERHUBUNG

ISU KETERLIBATAN MAHASISWA MALAYSIA DALAM AGENDA POLITIK NASIONAL

ISNIN, 28 JANUARI 2008.

KUALA LUMPUR

 

Kenyataan Tok Pa di Kota Bharu kelmarin yang mendesak mahasiswa Malaysia berikrar untuk tidak terlibat dengan parti-parti tertentu di peringkat nasional disifatkan oleh PMN sebagai kenyataan paling bodoh yang pernah keluar dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

 

Menurut Tok Pa, semua perwakilan pelajar (MPP) dari 10 IPT tempatan telah berikrar untuk tidak terbabit dengan kegiatan politik dan anti kerajaan.

 

Kebodohan Tok Pa ini sangat ketara apabila Si Menteri ini hanya menggunakan Perkara 15 AUKU semata-mata. Adakah hujah ini berpunca oleh kebodohan Tok Pa berhubung falsafah perundangan Negara?

 

Adakah Tok Pa tidak tahu konsep ketertinggian perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bersuara mahasiswa termasuk bertanding dalam PRU atas nama PMN?

 

Atau sebenarnya Tok Pa ini takut pada bayang-bayangnya sendiri sehingga terpaksa menggunakan akta AUKU dan berlindung di sebalik kepimpinan ‘cucuk hidung’ MPP?

 

Kenapa Si Menteri ini perlu takut bersemuka dan berdepan dengan mahasiswa-mahasiswa PMN? Bukankah UMNO/BN terlalu kuat dalam pentas politik nasional? PMN ini hanya mahasiswa dan kami berlawan memang atas kapasiti mahasiswa Malaysia.

 

Bagi PMN, mahasiswa ini bukan penjenayah yang dikehendaki kerajaan Malaysia. Mahasiswa bukan pembunuh adik Nurin Jazlin atau penculik adik Sharlinie atau yang bertanggungjawab mengebom Altantuya dengan c4. Mahasiswa hanya mahu bertanding PRU12 secara demokratik dan melunaskan tanggungjawab sebagai warganegara yang merdeka.

 

Lebih memelikkan, Si Menteri yang bodoh ini sewenang-wenangnya mengerahkan NC dan TNC seluruh IPT untuk mengenakan tindakan tatatertib AUKU kepada mahasiswa yang terlibat dalam politik kepartian di peringkat nasional.

 

AUKU ini bodoh yang dikandangkan untuk masyarakat cerdik pandai di kampus. Mahasiswa sudah lama menolak AUKU kerana ia terlalu bodoh untuk dipatuhi oleh mereka. Mengapa hari ini, PMN perlu tunduk pada akta yang bodoh ini?

 

Kami bukan budak suruhan Tok Pa yang sanggup diperbodohkan, tetapi kami mahasiswa yang merdeka dan sanggup berdepan apa sahaja ugutan biadap kementeriannya demi mengasak agenda perubahan dalam PRU12 ini kelak.

 

Pihak media arus perdana dan alternatif tidak seharusnya diheret ke gelanggang bodoh ini. Sila keluarkan kenyataan ini jika pihak anda benar-benar bebas, profesional dan berintegriti. Jangan sampai mahasiswa membuat kesimpulan yang sama juga kepada pihak media.

 

Tok Pa! Kebodohan dalam sejarah KPT ini hanya boleh disangkal jika Tok Pa sanggup berdebat secara terbuka (live) dengan mahasiswa PMN. Sila nyatakan di mana kawasan pertandingan anda di Parlimen/DUN. PMN mencabar Tok Pa bertanding melawan suara mahasiswa.

 

Sekian, terima kasih kepada semua kerana prihatin dengan isu kebodohan menteri KPT ini.

 

“Generasi baru untuk Malaysia yang baru”

AZLAN ZAINAL

Presiden

Parti Mahasiswa Negara (PMN)

 
< Prev   Next >