| Komen Terhadap PMN |
|
|
|
| Wednesday, 20 February 2008 | |
|
Ketika pilihanraya semakin hampir, maka akan muncullah parti-parti nyamuk yang cuba utk memecahkan undi Pembangkang. Sebagai contoh, ketika PRU yang lalu, timbul PARTI DEMOKRATIK MALAYSIA (MDP). Malangnya, sehingga sekarang ke mana hala tuju parti ini?? Menjelang PRU yang ke 12 ini pula, maka muncul pula PARTI MAHASISWA NEGARA yang cuba untuk memasuki PRU akan datang. Ditambah pula, jurucakap PARTI MAHASISWA NEGARA berkata :- “kumpulan itu akan mengerahkan penyokongnya pada pilihan raya akan datang bagi menyedarkan rakyat bahawa kecenderungan memilih Barisan dan parti-parti pembangkang sedia ada sudah tidak lagi sesuai dengan masa”
Kenyataan ini boleh ditafsirkan sebagai suatu kenyataan yang cukup ‘provokatif’ dan bersifat berniat jahat apabila cuba menafikan
kecendurungan rakyat dalam memilih Barisan Nasional atau Pembangkang dalam PRU akan datang. Sebagai Graduan sebuah IPTA di Shah Alam, saya amat ragu-ragu dengan tindakan mereka ini… Adakah mereka ini mungkin ditaja oleh sesetengah golongan atau memang mereka ini bergerak di atas kaki mereka sendiri. Mengikut Seksyen 15(1) AUKU:-
(1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti,boleh menjadi seorang ahli atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana
persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa juga lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya
adalah di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ianya adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau
kecuali sebagaimana diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. Saya sebagai rakyat biasa ingin memohon penjelasan sewajarnya dari Pimpinan Penaja “Parti Mahasiswa Negera” terhadap persoalan yang saya lontarkan ini. -Sunber : tranungkite.com |
| < Prev | Next > |
|---|





