| Kronologi Penamaan Calon PMN di P41 Kepala Batas, Pulau Pinang (24 Februari 2008) * |
|
|
|
| Wednesday, 27 February 2008 | |
|
9.10 PAGI Ketibaan calon Parti Mahasiswa Negara, Sdr. Zainulfaqar Yaacob, diiringi oleh Presiden Penaja PMN, Sdr Azlan Zainal, (1) pencadang, (1) penyokong dan (1) saksi di tempat penamaan calon. Kelima-lima individu tersebut masuk melalui melalui crowd BN, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak Polis. Menurut pihak polis, selain crowd BN sepatutnya berada di kawasan penyokong yang bertentangan. Namun wakil PMN terus mendesak dan meminta kebenaran pihak berkuasa (PDRM) yang lengkap beruniform supaya boleh masuk ke dewan penamaan lebih awal, namun dihalang dengan alasan yang tidak munasabah - mereka minta pas kebenaran masuk, minta tunjukkan borang penamaan, mereka menafikan diberitahu ada calon bebas yang akan bertanding di kepala batas, tiada makluman rasmi. Sdr. Azlan Zainal tetap bertegas bahawa tidak ada satu prosedur yang jelas yang boleh menghalang mereka daripada menamakan calon pada hari tersebut. Sepatutnya segala perkara tersebut disemak oleh pihak berwajib iaitu SPR sendiri. 9.30 PAGI PMN masih gagal untuk masuk ke dewan penamaan calon. PMN memutuskan untuk masuk ke sana melalui crowd BA, namun tetap berdepan dengan sikap double standard pihak polis. Akhirnya, Sdr. Azlan Zainal selaku Presiden Penaja PMN memutuskan untuk bertemu dengan pegawai tertinggi Polis untuk berbincang dan memohon kebenaran masuk. Seorang pegawai Polis berpangkat ACP tampil untuk membantu, dan setelah berbincang dan mendapat kebenaran daripada SPR setelah dihubungi maka dibenarkan masuk tetapi hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Polis. 9.45 PAGI Sekali lagi ditanya bertubi-tubi oleh Special Brance (SB). Dan yang peliknya, 3 orang yang masuk ini diperiksa rapi oleh anggota polis seolah-olah mereka ini penjenayah. Yang amat dukacita ini mereka terpaksa melalui 3 peringkat tapisan keselamatan sebelum dapat masuk ke dalam dewan. Dokumen sulit mereka diperiksa, borang penamaan diminta, pas diminta tunjuk, beg digeledah, kad pengenalan diri diambil dan butir peribadi dicatatkan. Special Branch (SB) tanpa uniform polis menyoal siasat mereka lagi. Kali ini mereka ditahan di dalam dewan berhampiran dengan meja penamaan calon. Sdr. Azlan Zainal dan Sdr. Zainulfaqar mendesak pihak polis agar memberikan mereka kebenaran untuk memanggil sahabat mereka yang memegang dokumen rasmi yang masih tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. 9.55 PAGI Dalam suasana yang agak tegang ini, tiba-tiba wakil SPR keluar dan memberi tahu bahawa masa penamaan hanya tinggal 5 minit dan sekarang ini SPR tidak akan menerima lagi mana-mana permohonan untuk menamakan calon. Sebarang permohonan dan rayuan tidak akan dilayan. Menurut wakil SPR tersebut jika ingin berbuat demikian, rayuan atau bantahan boleh diajukan kepada SPR di Bangunan Komtar, Pulau Pinang. Adalah tidak logik dan tak masuk akal kerana jarak tempat penamaan (Dewan Milennium) dan SPR Pulau Pinang adalah lebih kurang 30km dan masa yng diperuntukkan untuk membuat bantahan atau rayuan hanya sekitar 1 jam. Yang paling menyangsikan pihak Polis menyatakan bahawa bantahan boleh dibuat di balai polis berdekatan dan pihak polis akan cuba membantu. Sdr. Zainulfaqar bertanyakan apa sebenar peranan polis dalam PRU? Kenapa sampai perlu mereka membuat laporan di balai polis tetapi bukan terus kepada mana-mana wakil SPR yang ada ketika itu. 10.10 PAGI Ketiga-tiga mereka akhirnya diusir keluar oleh pihak polis dan diiringi oleh beberapa orang anggota keluar meninggalkan perkarangan dewan penamaan. Press/wartawan mengerumuni mereka dan bertanyakan tentang apa yang berlaku di dalam tadi. Press Conference tergempar diadakan di luar dihadapan crowd penyokong PMN. 10.20 PAGI Rapat umum mahasiswa & PMN dilancarkan diperkarangan lokasi penamaan calon. PMN telah melancarkan 1000 Manifesto PMN berhubung agenda kepentingan generasi muda. Perarakan aman dilancarkan dengan imej sederhana dan sejahtera. 12.15 TENGAHARI Rapat umum selesai dan bertolak ke DUN Penaga untuk bertemu rakyat; - ‘Operasi Sederhana & Sejahtera’. Lebih 500 keluarga sama ada orang miskin, ibu tunggal, golongan istimewa, golongan berhutang telah ditemui secara langsung oleh aktivis PMN. Mereka diberi sedikit buah tangan berupa beras, gula dan beberapa barang asasi lain. PMN juga telah menggempur seluruh Bilik Gerakan UMNO/BN dan PAS di DUN Penaga dengan imej sederhana dan sejahtera. Kebanyakan jentera UMNO/BN dan PAS boleh menerima kehadiran dan penerangan oleh pihak PMN. 4.00 PETANG Operasi ‘Sederhana & Sejahtera’ selesai. Jentera PMN berpecah mengikut negeri masing-masing untuk siri ‘teori pentas’ PMN seterusnya. Aktivis PMN bertolak pulang dengan menggunakan Bas. -END ——————————— * Kronologi ini disediakan oleh Sdri. Nurul Qaystina Amirullah Rashid, Setiausaha Sulit kepada Sdr. Zainulfar Yaacob. |
| < Prev | Next > |
|---|











