| PMN mahu Datuk Seri Khaled gubal AUKU |
|
|
|
| Sunday, 30 March 2008 | |
|
KENYATAAN MEDIA Parti Mahasiswa Negara (PMN) berhubung hasrat Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi untuk mengubal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1974) Rabu | 26 Mac 2008 | Universiti Malaya, Kuala Lumpur GUBAL AUKU? Kami, aktivis-aktivis Parti Mahasiswa Negara (PMN) ingin melahirkan rasa ragu-ragu dengan hasrat Datuk Seri Khalid Nordin untuk mengkaji dan menggubal semula AUKU 1971 (Pindaan 1974) tersebut. Walaupun beliau menyatakan tujuan niat penggubalan AUKU tersebut demi memberi kebebasan kepada mahasiswa dan autonomi kampus, namun kami melihat tindak-tanduk tersebut adalah suatu yang political action semata-mata. Sebelum ini, Datuk Dr. Shafie Salleh dan Datuk Mustapha Muhammad juga telah menyatakan hasrat sedemikian. Namun, kita semua boleh membuat kesimpulan mudah berhubung tujuan sebenar political action kedua-dua bekas menteri KPT tersebut. Adakah mereka benar-benar mahu memberi kebebasan mahasiswa dan autonomi kampus; atau sebenarnya ada tujuan lain yang mendorong isu penggubalan akta draconion ini diwar-warkan oleh KPT/Kerajaan pada waktu itu? HIPOTESIS KAMI Berdasarkan beberapa fenomena semasa berhubung realiti UMNO/BN sendiri pasca PRU12 dan pesta penentangan komuniti aktivis Mahasiswa Malaysia sendiri terhadap AUKU dan ketidakadilan kerajaan sebelum ini, kami mempunyai beberapa pandangan berhubung niat tersebut: PERTAMA – Tujuan asal pengenalan isu tersebut tidak lebih sebagai propaganda UMNO/BN untuk membuktikan bahawa mereka telah bersedia melaksanakan perubahan dan cuba untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas dominasi parti-parti alternatif di 5 negeri di Semenanjung Malaysia. Sebab itu mereka sengaja mewar-warkan propaganda tersebut melalui kajian responden secara sms dalam Buletin Utama TV3. Sebenarnya Kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana AUKU telah lama ditentang oleh mahasiswa. SMM sebelum ini juga telah menghantar suatu proposal lengkap tentang AUKU tersebut. Jawatankuasa Penasihat Untuk Mereputasi Universiti-Universiti Malaysia juga telah menyatakan hasrat akademia mereka agar AUKU ini dimansuhkan. Adakah KPT masih tidak yakin dengan bukti serta pandangan rasional yang diberikan kepada mereka sebelum ini? KEDUA – Tujuan asal pengisytiharan semula hasrat tersebut adalah demi mendorong semula mahasiswa kembali beraktivitisme di kampus; bukan lagi dalam mainstream politik nasional. Hal demikian kerana KPT bimbang dengan perkembangan Parti Mahasiswa Negara (PMN) ketika PRU12 berlangsung sebelum ini. Kebimbangan oleh KPT tersebut cukup ketara apabila KPT sendiri yang sebelum ini cukup anti dengan aktivistisme Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam memperjuangkan demokrasi kampus yang adil dan bebas; hari ini telah menegaskan bahawa Pilihanraya Kampus (PRK) adalah pentas terbaik untuk mahasiswa berpolitik. Mengapa KPT/Kerajaan menyatakan sedemikian rupa. Adakah KPT/Kerajaan sedang melaksanakan reverse psychological dan discredit action pada kemaraan PMN dalam politik arus perdana PRU12 lepas? Sebenarnya KPT/Kerajaan sedang cuba menyekat partisipasi mahasiswa dalam pentas politik kepartian di peringkat nasional; terutama melalui wadah PMN. KETIGA – KPT/Kerajaan menyatakan niat tersebut kerana AUKU juga sebenarnya telah menjadi halangan secara tidak sedar kepada UMNO/BN dalam mendekati mahasiswa Malaysia di peringkat Universiti. Berdasarkan maklumat dalaman yang kami terima dari Biro Tatanegara (BTN) dan KPT sendiri, salah satu kekalahan besar UMNO/BN berpunca oleh generasi muda (saluran 5) tidak memberi undi UMNO/BN dalam PRU12 baru-baru ini. Sunggup pelik! Aspirasi Universiti (yang pro UMNO/BN) telah menguasai hampir semua kerusi Majlis Perwakilian Mahasiswa (MPP), tetapi hakikatnya kemenangan tersebut tidak boleh menjadi sifir sebenar sokongan mahasiswa kepada UMNO/BN dalam PRU12. Sebelum ini GPMS bersungguh-sungguh mengUMNOkan kampus khususnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM). Hari ini, ProWaris pula telah menyatakan hasrat yang sama. Bagi PMN, walaupun senario tersebut lebih bersifat political action, namun suasana tersebut sebenarnya baik untuk mahasiswa-mahasiswi berpartisipasi dan berfikir. Biar semua parti diberi peluang mendekati mahasiswa memandangkan mahasiswa amnya layak diberikan pendidikan politik. Namun, PMN berasa jika AUKU digubal kali ini, tujuan sebenarnya hanya untuk memudahkan akses UMNO/BN ke atas mahasiswa, atau sekurang-kurangnya bertujuan menghalang parti-parti atau pertubuhan oposisi dari mendekati mahasiswa Malaysia di peringkat Universiti. SARANAN KAMI Kami, PMN menyarankan KPT/Kerajaan mengadakan debat terbuka berhubung isu AUKU ini. PMN bersedia berdepan dengan KPT/Kerajaan secara sopan dan rasional. Biarkan mahasiswa berfikir tentang asas-asas yang sama-sama kita perdebatkan. Sekiranya KPT/Kerajaan tidak berani berdepan secara sopan dan rasional dengan mahasiswa, PMN dan semua pertubuhan mahasiswa yang bebas dan lantang; PMN menyimpulkan bahawa KPT/Kerajaan sebenarnya sedang bersandiwara berhubung hasrat menggubalkan AUKU ini. Mari berdepan demi membebaskan mahasiswa dan autonomi kampus dari belenggu AUKU! “We Unite for Students’ Agenda” “GENERASI BARU UNTUK MALAYSIA BARU” |
| Next > |
|---|





