Kerajaan Selangor akan membincangkan kemungkinan membenarkan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi milik negeri itu
untuk mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali berkata perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat exco kerajaan hari ini yang bermula jam 2 petang.
Beliau berkata, politik yang seharusnya didekati pelajar mestilah "politik yang bersih, baik dan bukan emosi".
"Realitinya sekarang, Umno sudah masuk di universiti. Pembangkang yang belum masuk. Setiap parti yang mahu masuk universiti seharusnya mengikut norma-norma sedia ada," katanya.
Dr Halimah berkata penglibatan pelajar dalam politik mestilah mengikut lunas undang-undang.
"Mahasiswa sekarang dibelenggu oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). (Sedangkan) mereka inginkan kelainan, ingin bebas seperti di negara maju," katanya kepada
Malaysiakini.
Ditanya kesediaan kerajaan negeri mempertimbangkan desakan-desakan itu, Halimah berkata, Selangor "sentiasa bersikap terbuka".
Bagaimanapun, penglibatan mahasiswa mesti dikawal supaya tidak menimbulkan ketegangan dan tidak harus menggangu pelajaran mereka.
Wacana dan debat ilmiah harus digalakkan di peringkat universiti, tambahnya.
Kelmarin, pergerakan Pemuda PKR, PAS dan DAP pada dasarnya menyokong usaha membuka ruang kebebasan
Angkatan Muda PKR pula berhasrat menulis surat kepada semua naib canselor dan menteri besar di negeri Pakatan minggu ini, kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila diminta mengulas
gesaan persatuan-persatuan siswa minggu lepas.
Parti Mahasiswa Negara (PMN), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya
Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan
UniMAP.
PKR, DAP dan PAS - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU).
Awal bulan ini, naib canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara
positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.
Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.
"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba
boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata. di kampus di negeri Pakatan Rakyat seperti UniMAP yang ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
*Sumber dari malaysiakini.com
|