| Ar-Rahman : Laungan Keramat "STUDENTS POWER" Berkumandang Lagi. |
|
|
|
| Thursday, 24 July 2008 | |
|
Jumaat, 18 Julai : 3 hari bertubi-tubi polis Bukit Aman & Brickfields asyik menelefon aku bertanyakan tentang demo atau himpunan aman mahasiswa kali ini. 4 orang kesemuanya, paling 'cikai'
berpangkat ASP. Ingatan diberi agar jangan dibuat kerana isu terlalu hangat, dan panas serta terlalu sensitif dan berisiko. Barangkali ada tangkapan yang akan dibuat. Azlan, awak perlu ingat
jangan cuba cabar kami, kata pegawai polis yang mungkin tertekan atau 'period' datang bulannya. Beri peringatan pada teman kamu yang lain. Aku jangka Polis jua naik 'tension' kerana hampir 24
jam terpaksa bekerja, tak dan rehat, tidur bersepah, bermandi peluh, makan tak ketentuan hala, semuanya gara-gara 'isu' yang sungguh panas ini, menyumpah kiranya, celaka benar, mungkin itu
terdetik pada benak fikiran dan kata-kata yang keluar dari rintihan jiwa mereka. Kelihatan agak bingung semua yang terlibat. Saban hari ada saja himpunan dan kenyataan dikeluarkan tentang
ketidak-puashatian kepada bapak menteri dan figure politikus dan barua yang terlibat. Polis jadi mangsa, pada muka jadi jentera pada kerajaan yang malang ini, rakyat pula mula bangkit
menyatakan hasrat bagai petanda kerajaan bakal berubah. Silap hari bulan, mungkin terjadi reformasi ke-2 rakyat Malaysia.
Tiada banyak yang di pinta, hanya dengari suara rakyat, bertindak dengan bijak, jangan pula dicabar kami mahasiswa, orang muda boleh saja buat apa saja yang mereka suka. Hari ini seakan-akan
ada petanda bahawa kebangkitan itu akan bermula. Pelik benar, jarang sekali Ar-rahman ramai begini, Polis membanjiri, SB berkeliaran seperti siput babi, pelbagai 'camouflage' yang menghiasi, makmum yang tidak sembahyang jua turut sertai, menanti sambil memerhati kelibat mahasiswa apa yang bakal terjadi. Jam 2 petang, healer
kecil bergema berbunyi, sahutan takbir diselangi laungan keramat "STUDENTS POWER" menggamatkan hati. Polis mula menghampiri, berhenti....jangan diteruskan, please make it proper.... saya boleh
bagi masa pada kamu, kata ketua berpangkat Supritendan yang mengepalai gerombolan polis. 5 minit saja tuan, sepatutnya aku speaker terakhir akan berucap, orang ramai dan rakyat mulai bengang,
polis hilang punca, tangan-tangan jahat mula merayap mencari 'healer', memegang aku dan sheikh umar, masa semakin terhad. Akhirnya, kami disuraikan....mata liar terus memerhatikan kami,
mengekori ke mana kami pergi... Menjelang petang baru kami pulang ke rumah, setelah semuanya aman kembali.
Tapi tak mengapa, masa masih ada, teringin jua ditangkap, kami tak pernah takut, tapi masa belum mengizinkan kerana ada acara yang lebih besar dari ini lagi, mungkin sudah tiba masanya,
mahasiswa memimpin rakyat menuntut hak, usah tanya apa yang perlu dibuat, Kembalikan kepimpinan yang baik pada kami, biar mereka adil dan telus kerana itu lebih baik dari terus menoda rakyat
dengan menggunakan segala jentera yang ada untuk menutup pegung di dada, barang perlu diingat kamu jua adalah manusia. Mungkin lepas di dunia, tapi pasti jua ada balasannya di akhirat sana...
"Mahasiswa Menuntut Kepimpinan Yang Bersih, Adil & Telus".... Kami tidak akan berhenti di sini.... Bila tiba saatnya, aksi yang bakal terjadi mungkin lebih daripada apa yang terjadi hari
ini kerana kami adalah MAHASISWA. - Azlan Zainal
|
| < Prev | Next > |
|---|











