|
Sunday, 27 July 2008 |
|
Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin
Nik Mat Raih Anugerah Nobel Keamanan Versi Asia.
Berita sehebat ini TIDAK AKAN DISIARKAN MEDIA ARUS PERDANA kerana anugerah ini di menangi oleh TGNA, walau bagaimanapun kita mesti tahu dan berbangga dengan anugerah kepada pemimpin yang
tersayang ini.
Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh
akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.
Anugerah ini akan disampaikan oleh
Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina. Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.
Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk
Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan
bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah
itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.
Sekali lagi, tahniah diucapkan buat
TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orang kita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan
artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini.
Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'. Akhir Kalam : Hanya jauhari kenal manikam - KJ, Paklah, UMNO dan Media Arus Perdana
Buta Tuli dan Pekak.- Azlan Zainal
|