| Demonstrasi Bantah Muzakarah UMNO-PAS : Keuntungan Atau Keruntuhan? |
|
|
|
| Sunday, 27 July 2008 | |
|
Difahamkan tindakan ini diambil sebagai membantah usaha parti islam itu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang tidak membawa apa-apa keuntungan. Selain itu demontrasi ini juga menyokong penuh terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menggesa cadangan muzakarah itu dihentikan kerana ia akan memecahbelah parti tersebut. Perhimpunan yang dikatakan diketuai sekumpulan penyokong kuat PAS itu hanya akan diputuskan sebaik sahaja menerima perkembangan keputusan mesyuarat Majlis Syura parti itu yang dipengerusikan Nik Aziz sendiri di Kota Bharu hari ini. Presiden PAS, TG Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dijangka turut hadir ke mesyuarat tersebut. Menurut MURSYIDUL Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.
"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam
al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin. Untuk kekafiran, memecah
belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi
membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.
Cuma bagi saya hanya orang dan ahli yang jelas tentang matlamat teras dan dasar perjuangan maka, mereka akan kembali kepada perkara yang utama iaitu Islam tanpa bertelingkah hanya di sebabkan berselisih pendapat, perbezaan antara bersetuju atau tidak muzakarah itu sewajarnya diadakan dan bagaimanakah reaksi pucuk pimpinan dan ahli akan tampil untuk cuba mendamaikan kelompok ini atau cuba sekurangnya meraikan percanggahan pendapat masing-masing, kerana itulah tanda kejelasan fikrah perjuangan dan berlapang dada dalam memenuhi kehendak berukhwah di atas nama kebersamaan.-Azlan Zainal |
| < Prev | Next > |
|---|










