| Politik Malaysia Dalam Bahaya : Adakah Anwar Berkesempatan Untuk Bertanding? |
|
|
|
| Next > |
|---|
| Home |
| Carian |
| Calon |
| Profil |
| Pusat Maklumat |
| Liputan Media |
| Gallery |
| Video PMN |
![]()
Account No :
03050038583525
Mohd Azlan Zainal
Become Our Volunteers?

Send Email to :
info(@)partimahasiswa.com
| Politik Malaysia Dalam Bahaya : Adakah Anwar Berkesempatan Untuk Bertanding? |
|
|
|
| Monday, 11 August 2008 | |
|
Di tambah pula desas-desus awalnya Anwar akan bertanding pilihanraya kecil di Kulim Bandar Baru. Belum reda lagi bahang berita pilihanraya kecil , tiba-tiba Wan Azizah umum letak jawatan untuk bagi laluan pada Anwar bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Itu dia, baru orang panggil gempar namanya. Kali ini sudah tentu satu Malaysia akan bergoncang dan bergegar. Acah-acah Anwar menjadi kali ini hinggakan ramai orang yang keliru (confuse). Betullah orang cakap…politik ini dia punya catur ada 14-15 step ke depan. Macam kita orang biasa ini, boleh fikir 2-3 langkah ke depan sahaja. Mula-mula Anwar umum nak bertanding di Kulim Bandar Baru. Sudah tentu geng-geng Umno sibuk buat persiapan di situ. Tiba-tiba pusing balik ke Permatang Pauh tempat beliau sendiri. Strategi yang sarat dengan tipu muslihat yang memeningkan pihak kawan dan lawan. Tapi yang dikhuatiri adakah Anwar akan berkesempatan untuk bertanding memandangkan politik sekarang semakin gawat dan kerajaan semakin tertekan. Di sini, saya link kan pautan kepada kenyataan media Dato' Seri Wan Azizah bertarikh 31 Julai 2008 yang diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia (http://anwaribrahimblog.com/2008/07/31) berkaitan dengan perletakkan jawatan beliau seagai ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan laluan secara terhormat kepada DSAI untuk bertanding secara berdepan. Bagi saya barulah "gentlewomen" Wan Azizah buat begini, kalau nak ikut jawatan dia lebih kurang setaraf dengan Pak Lah, cuma dia mewakili Pakatan Rakyat atau Pembangkang, manakala Pak Lah adalah kerajaan. Ada baik juga Pak Lah tiru dan ikut jejak langkah beliau, berundurlah wahai Pak Lah, cuma di sini saya nak pesan jangan beri jawatan PM itu pada najib sudahla.
- Azlan Zainal |
| Next > |
|---|